Skip to main content

PROGRAM EKSEKUTIF IMAM PROFESIONALTM

Program Eksekutif Imam ProfesionalTM anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan program dirangka khas untuk imam dan bakal imam muda bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang imam. Ia dapat melahirkan insan berilmu dan bertaqwa berteraskan konsep pengabdian yang mutlak kepada Allah SWT dan juga sebagai imam yang unggul dalam membimbing, masyarakat kepada penghayatan beragama dan kejayaan. Program ini diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

KONVOKESYEN TAHUNAN


    Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2022

    Seramai 66 orang graduan terdiri dari pelajar Kohort 1, 2 dan 3 Diploma Eksekutif Imam Profesional TM telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2022 pada 8 Disember 2022 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

    Senarai Graduan Anugerah Khas YouTube

      Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2024

      Majlis Konvokesyen kali ini menyaksikan seorang pelajar dari Kohort 3 Diploma Eksekutif Imam Profesional TM 14 pelajar Kohort 4 dan 14 pelajar Kohort 5 Program Eksekutif Imam Profesional TM telah bergraduan. Majlis diadakan pada 12 Disember 2024 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

      Senarai Graduan Anugerah Khas YouTube