Skip to main content

ANUGERAH KHAS iSWAJ

ANUGERAH KATEGORI INOVASI SAINS DAN ISLAM

ANUGERAH KHAS iSWAJ UTHM

Anugerah Khas iSWAJ UTHM dalam Kategori Inovasi Sains dan Islam kepada penerimanya sempena Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET (PERISA) 2023 Peringkat Kebangsaan.

Pengiktirafan ini diberikan kepada Nor Aisah Binti Abu Samah, Muhammad Luqman Bin Roslin dan Arifah Mursyidah Binti Illiashaq dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah (PSA) melalui produk inovasinya "Aplikasi IHFAZ".

ANUGERAH KHAS iSWAJ UTHM

Anugerah Khas iSWAJ UTHM dalam Kategori Inovasi Sains dan Islam kepada penerimanya sempena Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Daerah Kluang 2025 yang diadakan di SM Sembrong, Johor.

Pengiktirafan ini diberikan kepada 3 pelajar dan 2 guru dari SM Sains Johor melalui produk inovasinya "Arabicpal App" - sebuah aplikasi mudah alih bagi mempelajari sebutan huruf-huruf bahasa Arab khusus kepada murid-murid tadika dan golongan mualaf.

ANUGERAH KHAS iSWAJ UTHM

Anugerah Khas iSWAJ UTHM dalam Kategori Inovasi Sains dan Islam kepada penerimanya sempena Karnival RISE INTERNATIONAL (Research and Innovation Symposium Competition) 2025 yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim UTHM.

Pengiktirafan ini diberikan kepada Muhammad Zulfahmi bin Ramli dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui produk inovasinya "Simulasi iHAJ: Transformasi Pembelajaran Ibadah Haji Menggunakan Teknologi Realiti Maya (Virtual Reality)".