Skip to main content

Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam: Kali Keempat 2025 (PEMIKIR 4)

“Peranan Institusi Keagamaan terhadap Kebajikan Ummah”

Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam: Kali Keempat (PEMIKIR 4) 2025 telah diadakan pada 23 - 25 September 2025 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

PEMIKIR 4 2025 yang Bertemakan “Peranan Institusi Keagamaan terhadap Kebajikan Ummah”, persidangan ini berperanan sebagai platform intelektual dan spiritual bagi para sarjana, pendidik, pengamal, dan pelajar untuk bersama-sama membincangkan isu-isu utama berkaitan pemikiran Islam, kepimpinan, inovasi, serta peranan institusi dalam masyarakat.

OBJEKTIF:

  1. Membolehkan para pembentang dan peserta membincangkan kaedah memperkukuh kesejahteraan ummah berasaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  2. Meningkatkan budaya kerjasama dalam kalangan pembentang kertas kerja dan peserta melalui perkongsian maklumat serta kepakaran dalam bidang masing-masing.
  3. Membina rangkaian kepakaran antara ahli akademik dan profesional dalam pelbagai disiplin ilmu dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
  4. Mempromosikan UTHM kepada umum sebagai salah sebuah Universiti Awam yang mempunyai kepakaran dalam disiplin Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  5. Memastikan aktiviti yang digariskan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) dapat dilaksanakan melalui kerjasama dengan MAIJ dan KUPU SB.

Anjuran bersama

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
dan
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Dengan kerjasama

  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Jabatan Mufti Negeri Johor
  • Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
  • Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim
  • Institut Kefahaman Islam Malaysia
  • ASEAN Malaysia 2025
  • Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM
  • Pusat Islam, UTHM

Tempat:  Perpustakaan Tunku Tun Aminah

23 - 25 September 2025


SKOP PERSIDANGAN

  • AKIDAH & PEMIKIRAN ISLAM

    1. Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
    2. Pemikiran Islam
    3. Isu-isu akidah semasa
    4. Ancaman ajaran sesat
  • SYARIAH & HALAL

    1. Peranan Institusi Keagamaan
    2. Kajian Isu Syariah
    3. Fiqh Kontemporari
    4. Penyelidikan Halal
  • DAKWAH & KEPIMPINAN

    1. Isu Penyelidikan dan Dakwah
    2. Kaunseling Islam
    3. Imam Profesional
    4. Peranan Guru Takmir/Tahfiz
  • INOVASI ISLAM

    1. Pembangunan sosial
    2. Teknologi
    3. Aplikasi atas talian
    4. Integrasi Sains Islam
    5. Tahfiz TVET
    6. Halal TVET

Skop dan tema tidak terhad seperti di atas sahaja, pihak penganjur juga menerima kertas kerja dalam tema Nilai-Nilai Sejagat, Sosio-Budaya, Pendidikan, Teknologi Maklumat & kajian Sains Teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat


Yuran Penyertaan

Pembayaran

Payment by Bank Transfer

Beneficiary          : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Account Details  : Bank Muamalat Malaysia Berhad

                                Ground Floor, Pusat Khidmat Pelajar

                                Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

                                86400 Parit Raja, Batu Pahat

                                 Johor, Malaysia.

Account Number : 0107-0000001-716

Swift Code            : BMMBMYKL

 

Remarks               : PEMIKIR 4


Penerbitan


Galeri PEMIKIR 4