ANUGERAH KHAS ALUMNI
MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM EKSEKUTIF UTHM 2022
ANUGERAH KHAS YB. DATO' HAJI MD. ROFIKI BIN DATO' HAJI A. SHAMSUDIN
Imam Muhammad Naqib Baihaqi bin Basri al-Hafiz
Penerima ANUGERAH YB DATO' HJ MD ROFIKI bagi Kohort 1 Program Diploma Eksekutif Imam Profesional adalah Imam Muhammad Naqib Baihaqi bin Basri al-Hafiz. Beliau dilahirkan pada 3 April 1996. Sejak kecil beliau telah didedahkan dengan al-Quran dan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran semasa belajar di madrasah tahfiz. Kembara beliau diteruskan dengan mendaftar sebagai mahasiswa Program Diploma Eksekutif Imam Profesional pada tahun 2018.
Kesungguhan menuntut ilmu membuatkan beliau sanggup berulang alik antara Muar ke kampus UTHM Parit Raja, pada masa yang sama beliau berkhidmat sebagai guru tahfiz di Madrasah al-Ikhsan Muar. Kecintaan beliau dengan masjid dan surau diteruskan dengan dilantik sebagai imam Surau Horizon Hills, Iskandar Puteri. Kini, beliau diamanah dengan tanggungjawab sebagai Imam di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dan menyumbang kepada masyarakat membuatkan beliau terpilih untuk menerima anugerah ini.
Imam Haji Ya'akob bin Haji Noor
Penerima ANUGERAH YB DATO' HJ MD ROFIKRI bagi Kohort 2 Program Diploma Eksekutif Imam Profesional adalah Imam Hj Ya'akob bin Hj Noor. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1965 di Batu Pahat Johor. Beliau menerima pendidikan dari Institut Latihan Kefahaman Agama Islam Angkatan Tentera (ILMI) dan bertugas sebagai Kor Agama Islam Angkatan Tentera (KAGAT) selama 25 tahun. Selain itu, beliau pernah ditugaskan dalam Tentera Udara Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDM) dan pasukan Komando serta berpengalaman bertugas di Bosnia, Herzogovina dan Turki. Beliau juga pernah menjadi petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia pada tahun 2010/2011 dan sebagai Guru Agama JAKIM Sibu, Sarawak. Setelah bersara, beliau ditugaskan sebagai Penyelia Agama Wilayah Mersing, Felda Global Ventures Plantation Malaysia (FGVPM).
Amanah dan tanggungjawab kepada ummah diteruskan dengan lantikan sebagai Imam 1 Masjid al-Istiqamah Felda Tenggaroh Timur 2. Beliau juga ditauliah sebagai Guru Takmir Negeri Johor dan Amil Zakat Fitrah dan Zakat Harta daerah Mersing. Segala pengalaman dan khidmat bakti dalam pembangunan syiar Islam melayakkan beliau untuk menerima anugerah ini.
Imam Dr. Yunus bin Shariff
Penerima ANUGERAH YB DATO' HJ MD ROFIKI bagi Kohort 2 Program Diploma Eksekutif Imam Profesional adalah Imam Dr. Yunus bin Shariff. Beliau merupakan graduan perubatan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menabur bakti sebagai Doktor Perubatan di Hospital Besar Seremban dan menamatkan perkhidmatan sebagai Pakar Perunding Keluarga. Selain itu, Dr. Yunus pernah ditugaskan sebagai fasilitator dan pegawai perubatan Tabung Haji (TH). Bagi mendalami ilmu berkaitan imam, beliau mendaftar bagi mengikuti Program Diploma Eksekutif Imam Profesional pada 2020.
Kini beliau menabur bakti sebagai perawat di Pusat Rawatan Kecil Darusyifa, Batu Pahat dan Sri Medan. Ilmu dan pengalaman bergiat aktif bersama masyarakat membuatkan beliau diamanahkan jawatan imam Surau al-Azim Taman Bukit Perdana Batu Pahat, Johor. Bakti dan jasa yang dicurahkan untuk masyarakat tanpa mengira masa dan tenaga melayakkan beliau untuk menerima anugerah ini.