Skip to main content

BUKU PENYELIDIKAN

Buku-buku penyelidikan iSWAJ UTHM merupakan hasil penerbitan ilmiah oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, yang berfungsi sebagai medium penyebaran ilmu dan pemikiran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penerbitan ini merangkumi pelbagai bidang seperti akidah, pemikiran Islam, dakwah, pendidikan serta isu-isu semasa umat Islam, dengan kandungan yang disusun secara berilmiah melalui gabungan sumber wahyu seperti Al-Quran dan Al-Sunnah bersama pendekatan pemikiran rasional dan analisis akademik. Selain penerbitan umum, iSWAJ turut menghasilkan buku khas sempena program dan pencapaian institusi, antaranya dokumentasi 10 Tahun iSWAJ yang merekodkan sejarah penubuhan, perkembangan serta sumbangan institusi dalam memperkasa pengajian Islam. Proses penerbitan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Penerbit UTHM serta agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi memastikan kualiti dan ketepatan kandungan.


SENARAI BUKU

PENYELIDIKAN ISLAM INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI SIRI 1, UTHM, 1 ISBN:9789672183969

Nur Zainatul Nadra Zainol

Penyelidikan dalam Pengajian Islam merupakan satu keperluan yang besar kepada masyarakat. Setiap penyelidikan bermatlamat untuk menyelesaikan masalah atau sesuatu isu berkaitan akidah, kepimpinan dan isu-isu semasa.

Baca Selanjutnya

PENYELIDIKAN ISLAM INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI SIRI KE-2, UTHM, 1, ISBN:9789672389064

Nur Zainatul Nadra Zainol
Mustapahayuddin Abdul Khalim

Siri ke-2, merupakan penyusunan Nur Zainatul Nadra Zainol dan Mustapahayuddin Abdul Khalim dan merupakan terbitan Institut Ahli Sunnah wal Jamaah, UTHM.

Baca Selanjutnya

PENYELIDIKAN ISLAM INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI SIRI 3, UTHM, ISBN:9789672916185

Nur Zainatul Nadra Zainol
Abdullah Sulaiman

Penerbitan bab dalam buku ini bertujuan untuk menyebarluas hasil penulisan dalam bidang Pengajian Islam. Penyelidikan dan Pengajian Islam merupakan satu keperluan masyarakat. Setiap penyelidikan bermatlamat menyelesaikan masalah atau isu berkaitan akidah, akhlak, fiqah, tasawwuf dan isu-isu semasa.

Baca Selanjutnya

PENYELIDIKAN ISLAM INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI SIRI KE-4, UTHM, ISBN:9789672817727

Nur Zainatul Nadra Zainol
Muhammad Suhaimi Sulong

Buku terbitan Institut Ahli Snnnah wal Jamaah pada tahun 2022 yang bertajuk 'Penyelidikan Islam Integrasi Ilmu dan Aqli Siri ke-4' merupakan hasil daripada penyelidikan yang menggabungkan ilmu naqli dan aqli melibatkan bidang pendidikan, politik dan kemasyarakatan, hukum dan undang-undang Islam serta makanan patuh syariah.

Baca Selanjutnya

AKIDAH & ISU-ISU PEMIKIRAN SEMASA: MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SIRI 1, UTHM, 69, ISBN:9789672306634

Nur Zainatul Nadra Zainol
Halimi Mohd Khalid

Buku 'Akidah dan Isu-isu Pemikiran Semasa: Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 1' ini merupakan hasilan Nur Zainatul Nadra Zainol dan Halimi Mohd Khalid yang diterbitkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penerbitan ini selaras misi iSWAJ untuk memartabatkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia menjadi teras di dalam perlaksaan aktiviti dan penyelidikan.

Baca Selanjutnya

AKIDAH & ISU-ISU PEMIKIRAN SEMASA: MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SIRI KE-2, UTHM, 55, ISBN:9789670061467

Nur Zainatul Nadra Zainol
Mustapahayuddin Abdul Khalim

Buku 'Akidah dan Isu-isu Pemikiran Semasa: Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 2' diterbitkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penerbitan ini selaras misi iSWAJ untuk memartabatkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia menjadi teras di dalam perlaksaan aktiviti dan penyelidikan.

Baca Selanjutnya

AKIDAH & ISU-ISU PEMIKIRAN SEMASA: MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SIRI KE-3, UTHM, 11, ISBN:9786294900448

Nur Zainatul Nadra Zainol
Muhammad Suhaimi Sulong

Buku 'Akidah dan Isu-isu Pemikiran Semasa: Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 3' diterbitkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penerbitan ini selaras misi iSWAJ untuk memartabatkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia menjadi teras di dalam perlaksaan aktiviti dan penyelidikan.

Baca Selanjutnya

PERANAN EKONOMI ISLAM DALAM PEMBANGUNAN UMMAH SIRI 1, UTHM, ISBN:9789670061474

Nur Zainatul Nadra Zainol
Mustapahayuddin Abdul Khalim

Buku bertajuk 'Peranan Ekonomi Islam dalam Pembangunan Umum' merupakan siri pertama terbitan Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang berkaitan dengan ekonomi Islam. Matlamat penerbitan ini untuk menyebar luas penulisan berkaitan ekonomi, zakat, wakaf dan isu semasa berlandaskan prinsip ekonomi di dalam Islam.

Baca Selanjutnya

PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC THOUGHTS 2018, UTHM ISBN:978967221610

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah

Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam Pertama 2018 (PEMIKIR) yang dianjurkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jabatan Mufti Negeri Johor (JMJ) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 5–6 September 2018.

Baca Selanjutnya

PROCEEDING 2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC THOUGHTS 2021 (PEMIKIR 2) 2021 UTHM, ISBN:9789672616504

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah

Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam Ke-2 2021 (PEMIKIR 2) yang dianjurkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jabatan Mufti Negeri Johor (JMJ) dan Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB) pada 07 Julai 2021.

Baca Selanjutnya

DI SEBALIK PANDEMIK COVID-19, UTHM, 50, ISBN:9789672975441

Nur Zainatul Nadra Zainol
Che Adenan Mohammad
Mustapahayuddin Abdul Khalim

Buku 'Di Sebalik Pandemik Covid-19' merupakan karya suntingan terbitan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penerbitan buku ini bertujuan untuk menyebar luas penulisan berkaitan pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia. Artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan artikel yang terpilih yang telah disumbangkan oleh staf UTHM berdasarkan kepada kajian, penelitian dan pengalaman mereka menghadapi pandemik Covid-19.

Baca Selanjutnya