Produk Sertu iSWAJ (Layyeen) merupakan satu produk pencucian khusus untuk menyucikan najis mughallazah (najis berat seperti anjing dan babi) mengikut hukum syarak. Proses sertu dilakukan dengan membasuh sebanyak tujuh kali, iaitu enam kali menggunakan air mutlak dan satu kali menggunakan air bercampur tanah. iSWAJ sebagai Penyedia Latihan Halal JAKIM dan JAINJ sebagai Rakan Strategik Sertu menyediakan latihan serta perkhidmatan berkaitan sertu.