ANUGERAH KHAS ALUMNI
MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM EKSEKUTIF UTHM 2024
-
IMAM FAIRULNIZAR BIN RAHMAT
Imam Fairulnizar Bin Rahmat
Penerima ANUGERAH YB DATO' HJ MD ROFIKRI bagi Kohort 4 Program Eksekutif Imam Profesional adalah Imam Fairulnizar Bin Rahmat. Beliau dilahirkan pada 23 April 1979 di Hospital Kota Tinggi, Johor dan merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik. Bapanya, En. Rahmat Bin Nakmat merupakan seorang peneroka Felda di Felda Tunggal, Johor manakala ibunya, Pn. Latifah Binti Osman adalah seorang suri rumah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kledang, Kota Tinggi, Johor dan meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Adela sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dan tamat pada tahun 1996...
Sepanjang pengajian program Eksekutif Imam Profesional, beliau telah memperoleh prestasi cemerlang memenuhi kriteria sebagai seorang imam profesional sehingga melayakkan beliau menerima Sijil Kemahiran Agama oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Kini beliau merupakan Pengerusi Surau Perumahan Kakitangan Kastam Bandar Penawar dan menjawat jawatan sebagai Imam 1 Surau Perumahan Kakitangan Kastam Bandar Penawar.
-
IMAM MUHAMMAD SYAKIR HARITH BIN MOHD RAHIM
Imam Muhammad Syakir Harith Bin Mohd Rahim
Penerima ANUGERAH YB DATO' HJ MD ROFIKRI bagi Kohort 5 Program Eksekutif Imam Profesional adalah Imam Muhammad Syakir Bin Mohd Rahim. Beliau merupakan anak ketiga dari empat adik beradik hasil perkongsian hidup Hj. Abdul Rahim bin Hj. Jaafar dan Hjh Norra Binti Hj. Bujang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kopok Pasir Gudang, Johor sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang dan seterusnya menyambung pengajian di Ribat Tahfiz Syeikh Ismail al-Jailani, Serkam Pantai, Melaka. Di sana beliau telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 Juzuk dan menyambung pengajian di Maahad Darul Hadis al-Faqihiyyah, Malang, Jawa Timur, Indonesia. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Kota Hadramaut, Yaman dan mendapat Ijazah Sanad Imam Hafs dari Toriqoh Syatibiyyah dan imam-imam lainnya.
Sepanjang program Eksekutif Imam Profesional, beliau sangat komited dan menunjukkan kesungguhan dalam memenuhi gred yang cemerlang bagi setiap modular dan projek komuniti sehingga melayakkan beliau menerima anugerah khas ini.
Kini beliau bertugas sebagai Guru di Maahad Islam Lit-Tarbiyah Wat-Tahfiz, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Selain menjadi imam tetap, beliau merupakan Imam 2 (Tetap) di Surau Jumaat Al-Hakim di Taman Mawar.
- MOHD ZULKIFLI BIN IDRIS AHMAD (Kohort 4)
- MOHD FAISZUL BIN SHAMSURI (Kohort 4)
- AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD MALOM (Kohort 5)
- MAHFUZ HAFIZUDDIN BIN ROSLI (Kohort 5)
- AZHAR BIN HJ. AHMAD (Kohort 4)
- RAKESH BIN MAHARI (Kohort 4)
- MUHAMMAD IKMAL BIN GANTOR (Kohort 5)
- AMIRULMUKMININ BIN KHALID (Kohort 5)