Pada tahun 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah bertitah dalam acara perasmian Multaqa Ulama dan Ilmuan Islam di Persada Johor agar ditubuhkan kumpulan pemikir dan penulis Islam bagi memperkuatkan dan memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asha'irah dan al-Maturidiah di Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.
Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAj) UTHM adalah institut penyelidikan dan perundingan dalam pelbagai bidang yang berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asha'irah dan al-Maturidiah. iSWAJ beriltizam untuk menyebarluaskan ilmu, kefahaman dan penghayatan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asha'irah dan al-Maturidiah melalui pendekatan holistik bagi melahirkan modal insan yang kompetent dan berintegriti berpaksikan paradigma Tauhid.