Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam: Kali Ketiga (PEMIKIR 3) 2023 yang telah diadakan pada 26 - 27 Julai 2023 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PEMIKIR 2023 diadakan atas kesedaran untuk memantapkan keseimbangan pembangunan antara rohani dan jasmani berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia telah berjaya menghimpunkan tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.