Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam: Kali Pertama 2018 (PEMIKIR)
“Pemantapan Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah: Aspirasi Cabaran dan Pengalaman Nusantara”
Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam: Kali Pertama (PEMIKIR) 2018 yang telah diadakan pada 05-06 September 2018 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PEMIKIR 2018 diadakan atas kesedaran untuk memantapkan keseimbangan pembangunan antara rohani dan jasmani berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia telah berjaya menghimpunkan tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Persidangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang direncanakan setelah termeterai Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Universiti Tun Hussain Onn Malaysia dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 17 November 2015.
OBJEKTIF:
- Memberi pendedahan kepada para peserta tentang isu dan cabaran yang berkaitan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk dikongsi bersama.
- Meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang masing-masing di kalangan pembentang kertas kerja dan peserta-peserta.
- Mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli-ahli akademik dan profesional dalam berbagai-bagai disiplin dalam kerangka pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada peringkat dalam dan luar negara.
- Mempromosi UTHM sebagai salah sebuah Universiti Awam yang mempunyai kepakaran dalam disiplin manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk membantu mengiklankan program anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada umum.
- Memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Memorandum Persefahaman (MOU) dapat dilaksanakan dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan menggerakkan kerjasama strategik dengan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).
- Menjalinkan hubungan kerjasama dalam bentuk penganjuran dengan lebih banyak institusi-institusi luar yang berminat ke arah mengantarabangsakan persidangan ini pada masa depan.
Anjuran bersama
Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
dan
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Dengan kerjasama
- Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Jabatan Mufti Negeri Johor
- Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
- Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM
- Pusat Islam, UTHM
Tempat: Perpustakaan Tunku Tun Aminah
5 - 6 September 2018
SASARAN PESERTA
Sasaran peserta ialah 200 orang terdiri daripada ahli akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari dalam dan luar negara. Di samping itu, peserta turut terdiri daripada staf dan pelajar institusi pendidikan, pelajar pasca siswazah dan orang perseorangan yang berminat menghadiri persidangan ini.
Hasil persidangan ini, pihak institut juga dapat mengadakan kerjasama dalam pelbagai disiplin ilmu sama ada pengajaran, penyelidikan dan perundingan dengan universiti dan insitusi lain yang berminat.
SENARAI PENGUCAP UTAMA
-
- Yang Berbahagia, Dato’ Nooh bin Gadot
(Penasihat)
Majlis Agama Islam Negeri Johor - Yang Berbahagia, Profesor Dr. Wahid Razzaly
(Naib Canselor)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - Yang Berbahagia, Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser bin Disa
(Ketua Pengawai Eksekutif)
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
- Yang Berbahagia, Dato’ Nooh bin Gadot
SKOP PERSIDANGAN
-
PERBINCANGAN ISU AKIDAH / ANCAMAN & PENYELEWENGAN PEMIKIRAN SEMASA
- Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Perbandingan aliran pemikiran dalam akidah
- Isu-isu akidah semasa
- LGBT
- Ancaman Pluralisme
- Ancaman Feminisme
-
SYARIAH & UNDANG-UNDANG KELUARGA
- Ikhtilat Hukum
- Manhaj Pengajian Fiqh
- Integrasi dan budaya politik
- Isu dan persoalan mazhab
- Cabaran perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam
-
AKHLAK
- Tokoh-tokoh tasawwuf
- Zikir dan ratib dalam Ahli Sunnah wal Jamaah
- Isu dan persoalan akhlak
-
UNDANG - UNDANG DAN GERAKAN/NGO
- RUU3557
- COMANGO
- ISIS
- DAESH
- RECS
- Isu dan undang-undang oleh gerakan-gerakan NGO
-
INOVASI ISLAM
- Pembangunan sosial
- Teknologi
- Aplikasi atas talian
- Tidak terhad kepada sub tema di atas.
Skop dan tema tidak terhad seperti di atas sahaja, pihak penganjur juga menerima kertas kerja dalam tema Nilai-Nilai Sejagat, Sosio-Budaya, Pendidikan, Teknologi Maklumat & kajian Sains Teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat
Yuran Penyertaan
Pembayaran
Payment by Bank Transfer
Beneficiary : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Account Details : Bank Muamalat Malaysia Berhad
Ground Floor, Pusat Khidmat Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia.
Account Number : 0107-0000001-716
Swift Code : BMMBMYKL
Remarks : PEMIKIR 1
Penerbitan
Galeri PEMIKIR 1