Skip to main content
Days
:
Hours
:
Minutes
:
Seconds

Persidangan Antarabanga Pemikiran Islam: Kali Kedua 2020 (PEMIKIR 2)

“Peranan Institusi dalam Mendepani Kesejahteraan & Keamanan Serantau Semasa Pandemik Covid-19”

Persidangan Antarabanga Pemikiran Islam: Kali Kedua (PEMIKIR 2) 2021 lahir daripada kejayaan dalam Persidangan Antarabanga Pemikiran Islam Kali Pertama (PEMIKIR) 2018 yang telah diadakan pada 05-06 September 2018 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

PEMIKIR 2018 diadakan atas kesedaran untuk memantapkan keseimbangan pembangunan antara rohani dan jasmani berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia telah berjaya menghimpunkan tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Persidangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang direncanakan setelah termeterai Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Universiti Tun Hussain Onn Malaysia dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 17 November 2015.

Objektif:

  1. Memberi ruang kepada para peserta membincangkan peranan institusi keluarga Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mendepani keamanan dan kesejahteraan diperingkat serantau.
  2. Meningkatkan budaya kerjasama melalui perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang masing-masing di kalangan pembentang kertas kerja dan peserta-peserta.
  3. Mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli-ahli akademik dan profesional dalam pelbagai disiplin dalam kerangka pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada peringkat dalam dan luar negara.
  4. Mempromosi UTHM sebagai salah sebuah Universiti Awam yang mempunyai kepakaran dalam disiplin manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk membantu mengiklankan program anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada umum.
  5. Memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Memorandum Persefahaman (MOU) dapat dilaksanakan dengan MAINJ dan KUPU SB.
  6. Menjalinkan hubungan kerjasama dalam bentuk penganjuran dengan lebih banyak institusi-institusi luar yang berminat ke arah mengantarabangsakan persidangan ini pada masa depan.

Virtual (Aplikasi Zoom, Facebook & Youtube)

7 Julai 2021

TARIKH PENTING

  • 1 April 2021 – 25 Jun 2021

    Penghantaran kertas kerja penuh / poster
  • 25 Jun 2021 – 30 Jun 2021

    Notis Penerimaan
  • 1 Julai 2021 – 06 Julai 2021

    Pendaftaran Persidangan (atas talian) dan pembayaran yuran
  • 7 Julai 2021

    Persidangan

SKOP PERSIDANGAN

  • Perbincangan Isu Akidah / Ancaman & Penyelewengan Pemikiran semasa

    1. Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
    2. Perbandingan aliran pemikiran dalam akidah
    3. Isu-isu akidah semasa
    4. Integrasi dan budaya politik semasa
    5. Penyelewengan ajaran batin
    6. Ancaman Liberalisme
    7. Ancaman Pluralisme
    8. Ancaman Feminisme
    9. Hizbur Tahrir
  • Syariah & Undang-undang Keluarga

    1. Pendidikan
    2. Peranan Jabatan Kehakiman Syariah
    3. Isu-isu kekeluargaan Islam
    4. Cabaran perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam
  • Dakwah & Peranan Institusi

    1. Metodologi dakwah
    2. Kaunseling Islam
    3. Peranan NGO Dakwah
    4. Isu Kemanusiaan sejagat
  • Ekonomi & Kewangan Islam

    1. Sistem kewangan
    2. Zakat
    3. Wakaf
  • Inovasi Islam

    1. Pembangunan sosial
    2. Teknologi
    3. Aplikasi atas talian
    4. Tidak terhad kepada sub tema di atas.

Skop dan tema tidak terhad seperti di atas sahaja, pihak penganjur juga menerima kertas kerja dalam tema Nilai-Nilai Sejagat, Sosio-Budaya, Pendidikan, Teknologi Maklumat & kajian Sains Teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat


Yuran Penyertaan


Penerbitan


Pembayaran

Payment by Bank Transfer

Beneficiary          : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Account Details  : Bank Muamalat Malaysia Berhad

                                Ground Floor, Pusat Khidmat Pelajar

                                Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

                                86400 Parit Raja, Batu Pahat

                                 Johor, Malaysia.

Account Number : 0107-0000001-716

Swift Code            : BMMBMYKL

 

Remarks               : PEMIKIR 2

Anjuran bersama

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
dan
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Dengan kerjasama

  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Jabatan Mufti Negeri Johor
  • Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
  • Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM
  • Pusat Islam, UTHM