Skip to main content

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) IKIM-UTHM

Forum Bicara Ad-Deen 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTHM bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertempat di Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim UTHM anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM.

UTHM diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) wakil rasmi Naib Canselor UTHM telah menandatangani MoU bersama Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM.

MoU ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, pertukaran staf, penyelidikan dan perundingan, selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid dan bidang tujah universiti iaitu kelestarian teknologi dan pengangkutan. Tambahan daripada itu, usaha ini juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Encik Abdul Halim Abdul Rahman, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Ustaz Hj Mustapahayuddin Abdul Khalim, Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM, Ustaz Mohd Lotfi Solihin, Pengarah Pusat Islam UTHM, pegawai-pegawai kanan universiti dan IKIM.

Turut berlangsung Bicara Ad-Deen 2022 bertajuk Media Sosial, Generasi Muda & Kerangka Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah: Isu & Cabaran Abad ke-21.