Skip to main content

Kunjungan Hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor

"bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), UTHM"

UTHM diwakili oleh Us. Hj Mustapahayuddin Abdul Khalim, Pengarah iSWAJ, UTHM dan Dr Muhammad Suhaimi Datuk Hj Sulong, Ketua Jabatan iSWAJ, UTHM telah hadir bersama Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM dengan delegasi IKIM antaranya Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM.

Kunjungan ini disambut dan dipengerusikan oleh YB Dato' (Dr) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Negeri Johor merangkap ahli Lembaga Pengarah Universiti, UTHM, bersama Mufti Negeri Johor, Ketua Pengarah Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Kunjungan ini merangkumi jalinan kerjasama program, aktiviti penyelidikan, kursus, latihan dan kemahiran dalam memberi kefahaman agama Islam sebenar yang diberi keutamaan oleh pihak IKIM selaras dengan misi dan visi iSWAJ UTHM iaitu menyebarluas ilmu dan penghayatan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan paradigma tauhid bagi melahirkan modal insan yang kompeten dan berintigriti untuk kesejahteraan ummah.