Skip to main content

Berita Penerbitan

OUR ACTIVITIES - 2024

DECEMBER


NOVEMBER


OKTOBER


SEPTEMBER

  • FB IMG 1727230149641

  • FB IMG 1727230161194

  • FB IMG 1727230155181

  • FB IMG 1727230811752

  • FB IMG 1727230805088


AUGUST

  • FB IMG 1727231167369

  • FB IMG 1727231171602

  • FB IMG 1727231610276

  • FB IMG 1727231608693


APRIL

  • 439067118 122149810514056199 6555370395915836657 N

  • 439343646 122149810442056199 5528309525002374853 N

  • 439407210 122150061596056199 5866084096252903340 N

  • 435201052 122146439726056199 8730412844285642050 N


MARCH

  • 433455161 122143238696056199 8915724290336271225 N

  • 433427470 122143238720056199 1922036733916291026 N


FEBRUARY

  • 426030551 122135042090056199 2312706191848134896 N

  • 425956675 122135042114056199 8320069920027794934 N

  • 424769272 122102200058200368 2468101314648936604 N

  • 424763247 122102200124200368 3592799118352894122 N


JANUARY

  • 423692695 122133677678056199 8528340887055868207 N 1

  • 423692695 122133677678056199 8528340887055868207 N


Continue reading

JQSR (2)

Program Eksekutif Imam Profesional

anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Diploma Eksekutif Imam ProfesionalTM anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan program dirangka khas untuk imam dan bakal imam muda bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang imam. Ia dapat melahirkan insan berilmu dan bertaqwa berteraskan konsep pengabdian yang mutlak kepada Allah SWT dan juga sebagai imam yang unggul dalam membimbing, masyarakat kepada penghayatan beragama dan kejayaan.  Program Diploma ini diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

  • Peluang Kerjaya

    • Imam Profesional dan Pegawai Masjid
    • Nazir atau pengurus pusat pengajian Islam, masjid, dan surau
    • Penolong Pengurus atau Pegawai atau Pendaftar di organisasi berteraskan Islam
    • Penolong Pegawai Penasihat atau Konsultan di badan swasta
    • Pendakwah Bebas
  • Mod Program

    Program ini adalah dijalankan secara mod separuh masa. Kuliah hanya diadakan pada hujung minggu sahaja, iaitu pada hari-hari Sabtu dan/atau Ahad yang terpilih mengikut jadual kuliah yang ditetapkan.

  • Syarat Kemasukan

     

    -               Memiliki dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau sijil-sijil agama yang diiktiraf (sijil sekolah menengah agama, tahfiz, darjah khas agama dan sebagainya)

    -               Berumur melebihi 21 tahun

    -               Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

    -               Beragama Islam dan boleh membaca Al-Quran dengan baik

    -               Lulus temuduga

  • Jadual Kuliah

     

    Sabtu dan/atau Ahad

    8.30 am – 12.30 pm

    Kuliah

    12.30 pm – 2.30 pm

    Rehat

    2.30 pm – 6.30 pm

    Kuliah

  • Pelaksanaan Program Pengajian

    1. Pelajar program diploma ini mesti merupakan ahli sunnah wal jamaah dan lulus temuduga kemasukan program.
    2. Pakaian pelajar diploma semasa sesi kuliah dan segala urusan akademik perlu menunjukkan ciri-ciri seorang imam profesional dengan memakai samada jubah, baju melayu dan bersongkok/kopiah.
    3. Tenaga pengajar program ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah kompeten yang berkelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda serta mahir dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan.
    4. Setiap pelajar perlu menyempurnakan kesemua sepuluh (10) kursus dengan jumlah jam kredit sebanyak 36 kredit. Bagi setiap jam kredit masa pembelajaran ialah selama 40 jam.
    5. Pelajar perlu mengikuti tiga (3) modul/semester. Tempoh setiap semester ialah selama tiga (3) bulan. Hari-hari kuliah disusun dalam tempoh tiga bulan tersebut selaras jam belajar pelajar yang ditetapkan.
    6. Tiada pengecualian kursus yang dibenarkan dalam program ini.
    7. Pelajar perlu hadir minimum sebanyak 60% daripada keseluruhan kuliah.
    8. Markah minimum lulus bagi setiap subjek ialah 40%.
    9. Pelajar perlu mengulang semula modul sekiranya didapati gagal dalam penilaian. Pelajar tersebut juga perlu membayar semula yuran pengajian bagi subjek yang gagal dengan kadar per jam kredit yang ditetapkan.
    10. Setiap pelajar harus menyiapkan segala kerja kursus bagi sesuatu modul yang diberikan oleh pengajar pada masa yang ditetapkan dan tidak melebihi 1 minggu selepas tarikh tamat semester. Jika tidak, pelajar berkenaan dianggap gagal dalam modul tersebut dan diminta untuk mengulang semula modul tersebut.
    11. Seseorang pelajar boleh menangguhkan pengajiannya bagi sesuatu kursus semester dengan alasan yang munasabah. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengurus Program Akademik dalam tempoh dua (2) minggu pertama semester bermula. Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, pelajar berkenaan dianggap telah berhenti daripada pengajian.
  • Senarai Kursus

    Kod Kursus

    Nama Kursus

    Jam Kredit

     

    Modular 1 Penghayatan Tauhidik

    DPI10103

    Al-Aqidah Al-Islamiyyah

    3

     

    DPI10203

    Al-Fiqh Al-Islamiyyah

    3

     

    DPI10303

    Al-Tassawuf

    3

     

    Modular 2 Ilmu-ilmu Wahyu

    DPI20403

    Ulum Al-Quran

    3

     

    DPI20503

    Pengantar Tafsir

    3

     

    DPI20603

    Pengantar Hadith

    3

     

    Modular 3 Pengurusan Komuniti dan Masjid

    DPI30706

    Pengurusan Komuniti

    6

     

    DPI30803

    Kaunseling dan Perundangan Islam

    3

     

    DPI30903

    Pengurusan Masjid

    3

     

    Modular 4 Projek Diploma

    DPI41006

    Projek Diploma

    6

     

     

    Jumlah Jam Kredit

    36

     

  • Kaedah Penyampaian

    1. Kaedah penyampaian program memberi tumpuan khusus terhadap peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia meliputi kuliah, perbincangan tugasan, praktikal dan kajian kes.
    2. Kursus formal dijalankan berdasarkan modular yang sistematik. Setiap modular mengandungi beberapa kursus yang ditetapkan seperti dalam stuktur program.
    3. Setiap pelajar diwajibkan menyempurnakan kerja projek bagi menghabiskan kesemua kursus untuk memperolehi Diploma. Tajuk projek adalah berdasarkan topik/progam yang boleh memberikan kebaikan kepada organisasi dan komuniti masing-masing.
  • Kaedah Penilaian

    1. Penilaian adalah 100% secara kerja kursus iaitu kuliah, tutorial, tugasan, amali, projek, ujian bertulis/lisan. Tidak ada peperiksaan akhir.
    2. Penilaian dibuat berdasarkan tugasan, projek, teori dan kemahiran, penglibatan, ketrampilan pelajar kursus, tingkah laku, komitmen pelajar secara aktif di dalam kelas mahupun di luar kelas. Ia merangkumi semua elemen Kemahiran Insaniah yang dinyatakan dalam Hasil Pembelajaran.
    3. Agihan peratus penilaian bagi setiap modul adalah seperti jadual berikut:

    Bil.

    Elemen Pemarkahan / Penilaian

    Peratus (%)

    1

    Tugasan Individu

    20%

    2

    Tugasan Kumpulan

    50%

    3

    Pembentangan

    10%

    4

    Ujian

    20%

     

    JUMLAH KESELURUHAN

    100%

  • Skema Pemarkahan


  • Penganugerahan Diploma & Peluang Seterusnya

    1. Pelajar yang mendapat PNGK kurang daripada 2.00 dengan kehadiran minimum 60% hanya akan dianugerahkan Sijil Kehadiran Modul oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja. Sijil ini ditawarkan khas bagi menunjukkan seseorang pelajar itu telah menghadiri sesi kuliah bagi menimba ilmu pengetahuan.
    2. Majlis Agama Islam Negeri Johor akan menganugerahkan Sijil Kemahiran Agama bagi setiap modular 1-3 kepada para pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 80% bagi setiap modul/kursus iaitu dengan gred A dan ke atas.
    3. Diploma ini juga berpotensi untuk dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara dan dianugerahkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
    4. Para pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di kolej atau universiti tempatan yang menerima pengiktirafan APEL MQA. Pelajar perlu menghantar borang permohonan APEL untuk diproses oleh IPT yang berkenaan.
    5. Para pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf di IPT dalam dan luar negara yang setaraf dengan universiti, yang menjalinkan usahasama atau MOU/MOA dengan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM.
    6. Pemilik Diploma ini juga berpeluang untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan atau di negeri-negeri lain di Malaysia dan boleh mengajar, berkhutbah, dan membuka kelas-kelas pengajian sendiri mengikut kebenaran dan peraturan yang ditetapkan.
  • Yuran & Pendaftaran

    Yuran program ialah seperti berikut:

    Perkara

    Yuran

    Pendaftaran

    300

    Modular 1

    1,300

    Modular 2

    1,300

    Modular 3

    1,300

    Modular 4

    1,300

    TOTAL

    5,500

    1. Yuran boleh dibayar secara ansuran bulanan dan dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap modular/semester. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran tersebut, pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar dan meneruskan modular berikutnya.
    2. Setiap permohonan tidak dikenakan yuran proses. Sekiranya calon pelajar bersetuju dengan tawaran mengikuti program ini, maka bayaran (yuran pendaftaran) perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum kuliah pertama bagi semester tersebut bermula.
    3. Bayaran dibuat ke akaun bank seperti yang tertera dalam surat tawaran program.
  • TERMA & SYARAT

      1. Program ini adalah bersifat separuh masa. Para pelajar perlu membuat pembacaan, kajian, dan menulis sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar para pensyarah.
      2. Pelajar boleh membayar yuran pengajian (tidak termasuk yuran pendaftaran semester) secara ansuran bulanan selepas mendapat persetujuan daripada pihak Akademi. Setiap semester berlangsung selama tiga (3) bulan. Bayaran ansuran bulanan mestilah dibuat sebelum 1 haribulan pada setiap bulan dalam semester tersebut atau selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tamat modular/semester. Perincian bayaran secara ansuran bulanan adalah seperti berikut: Contoh, jadual bayaran ansuran untuk Modular 1:

        Bulan Jumlah Bayaran Ansuran (RM)
        Pertama 500
        Kedua 400
        Ketiga 400
        Jumlah (RM) 1,300



    1. Yuran pengajian yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
    2. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran pengajian tanpa sebab selepas tempoh satu (1) bulan selepas kelas pertama dalam semester itu bermula akan digugurkan daripada program.
    3. Yuran pengajian setiap semester adalah termasuk kos pentadbiran, kemudahan pengajian, kos kuliah, elaun pensyarah, kos percetakan modul, utiliti, dan lain-lain.
    4. Pelajar Diploma ini layak mendapat manfaat menggunakan kemudahan dan fasiliti yang ada di UTHM seperti Perpustakaan, Pusat Sukan, Makmal Komputer, Pusat Kesihatan Universiti dan lain-lain seperti yang ditetapkan.
    5. Skrol Diploma akan dianugerahkan selepas tamat pengajian dengan syarat-syarat penganugerahan yang ditetapkan oleh Senat Universiti.
    6. Selain daripada modul yang disediakan oleh pihak Institut, para pelajar dikehendaki membeli buku-buku rujukan sendiri atas tanggungan sendiri sekiranya perlu.
    7. Para pelajar program ini mestilah menjaga adab, akhlak, dan sahsiah diri yang baik menurut ajaran Islam. Semua pelajar wajib berpakaian memelihara aurat dan maruah diri.
    8. Semua pelajar wajib mematuhi semua peraturan dan ketetapan Institut. Mana-mana pelajar yang gagal mematui peraturan atau arahan pihak pengurusan dari masa ke masa, sama ada secara bertulis atau lisan, boleh dikenakan hukuman atau digugurkan daripada program.
    9. Pihak pengurusan Institut berhak membuat pindaan, perubahan, dan mengeluarkan apa-apa arahan demi kelancaran perjalanan program dari masa ke masa.
    10. Pihak pengurusan Institut tidak menjamin kejayaan mana-mana pelajar untuk mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain selepas menamatkan pengajian di sini.
    11. Segala masalah, maklumbalas, aduan, dan sebagainya hendaklah disampaikan terus kepada pihak pengurusan Institut.
    12. Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan diri mereka masing-masing, serta harta benda milik mereka. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan, kerosakan, kecederaan, atau kematian para diri dan harta benda pelajar sepanjang mengikuti program ini.
    13. Segala peraturan dan ketetapan adalah tertakluk di bawah undang-undang Universiti dan Malaysia.

Continue reading

Majlis Pelancaran Diploma Eksekutif Imam Profesional

Majlis Pelancaran Diploma Eksekutif Imam Profesional

Sedang berlangsung Majlis Pelancaran Program Diploma Eksekutif Imam Profesional bertempat di Dewan Al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Md. Rofiki bin Dato’ Kiyai Hj. A.Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Turut hadir YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak Bin Hj. Omar, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh selaku Pemangku Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM.

Program Diploma Eksekutif Imam Profesional dibangunkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor.


Continue reading