Skip to main content

Program Eksekutif Imam ProfesionalTM anjuran Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan program dirangka khas untuk imam dan bakal imam muda bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang imam. Ia dapat melahirkan insan berilmu dan bertaqwa berteraskan konsep pengabdian yang mutlak kepada Allah SWT dan juga sebagai imam yang unggul dalam membimbing, masyarakat kepada penghayatan beragama dan kejayaan.  Program ini diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.