Telah berlangsung Program Pendaftaran Mahasiswa Baru Program Eksekutif Imam Profesional™ (PEIP) Tahun 2022 - Kohort 4 bertempat di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program bermula dengan sesi pendaftaran mahasiswa baru bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Kemudian program diteruskan dengan taklimat daripada Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ) UTHM iaitu Ust Hj Mustapahayuddin Bin Abdul Kahlim. Program diteruskan lagi dengan taklimat daripada Penyelaras Program PEIP iaitu Dr. Muhammad Suhaimi bin Sulong. Seramai kira-kira 21 mahasiswa baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pelajar ijazah sarjana muda, pensyarah universiti, kakitangan awam dan lain-lain telah berjaya mendaftar sebagai Mahasiswa Baru Program Eksekutif Imam Profesional™ (PEIP) Tahun 2020 - Kohort 4. Pihak Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM mengucapkan selamat berjaya kepada mereka semua.
Program Diploma Eksekutif Imam Profesional™ ini dirangka khas untuk imam dan bakal imam muda bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang imam. Ianya dilaksanakan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ), UTHM bersama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).