Telah berlangsung Bengkel Training of Trainers (TOT) Pengajar Diploma Eksekutif Imam Profesional (DEIP) Kohort 3 bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada tenaga pengajar mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran, pemurnian rancangan pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan penilaian kursus bagi program DEIP ini. Bengkel selama satu hari ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi yang pertama dikendalikan oleh Dr. Muhammad Suhaimi Sulong selaku Penyelaras (Pedagogi / Pentaksiran dan Penilaian). Manakala sesi yang kedua adalah berkenaan dengan penyediaan dan pemurnian silibus & perancangan kuliah (RPP) Modular 1 hingga 4 yang telah disampaikan oleh Dr. Nur Zainatul Nadra Zainol. Bengkel TOT ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Dr. Che Adenan Mohammad selaku penyelaras bengkel.